Friday, 27 September 2013

apa nak buat?? Mr. Exam dah ketuk pintu bagi salam .... (>_<)

assalamualaikum ya sahabat kesayangan ... :)
kaifahalukum ?? (mode bahasa arab sbb tadi dh dapat tips exam )
jangan lupe untuk tambah senyuman dalam hari anda semua tau ...
baru sweet .. :)
ok ....
tengok tajuk kat atas pun dah tahu kan apa  benda yang akan saya kongsi pada hari ini ...
mode exam dah mula ...
especially untuk student KUIM....
mesti sekarang tengah sibuk minta tips exam dari lecturer ...
dan ramai lagi sekarang tengah sibuk buat assignment last minute kan ... (termasuk lah saya T_T)
so, sekarang saya akan kongsikan dengan rakan-rakan tips-tips yang bez dan berguna sebelum nak berjuang dengan kertas nihhh ...hehe ...



mode exam sebelum hari peperiksaan
firstly , apa yang perlu kita buat adalah pergi check  carry mark ... lepas tu cari maklumat tentang topik yang akan masuk waktu exam dan semak semula soalan yang keluar last sem ...
  jadi senang sikit nak fokus dan study dengan waktu yang terhad ... selain itu,ready awal2 semua persiapan untuk exam ... contoh pen , pensel , pemadam dan banyak lagi ... hall ticket jangan lupe ambil nanti xpasal2 xdapat masuk dewan kan ...
waktu study nak exam ni juga gunalah cara study yang paling sesuai dengan kita ... so ,,, ianya akan membantu kita untuk belajar dengan selesa and apa yang kita study pun masuk dalam kepala jerr kan ... hehe ... sebelum exam ni jugak jangan lupa minta maaf dengan pensyarah, kawan-kawan and siapa jerr kat sekitar kita...dan yang paling penting jangan lupa minta restu ibu bapa ok ....keberkatan itu penting ya sahabat2 semua ... banyakkan berdoa dan solat sunat ... semoga dipermudahkan oleh Allah ... >_<



mode exam semasa hari peperiksaan 
waktu hari peperiksaan, jangan  nervous ,  selawat banyak2.... jangan lupa ambil sarapan ...nanti xlarat pula nak jawab exam kan ... tenangkan hati dan jangan over confident sangat... lepas tu waktu jawab exam kena hati-hati and semak betul2 ... and then nama  dan nombor matrik jangan lupa tulis ...yang penting pada hari ni adalah kita kena kawal emosi supaya senang kita nak faham soalan ..kan3...

mode exam selepas hari peperiksaan
 ok.... pada waktu ini apa yang kita boleh buat hanyalah tawakal kepada Allah SWT...xperlu nak menyesal .. jangan sesekali keluar perkataan 'kalau' sebab nanti boleh merana diri ... sebab perkataan tersebut boleh buat semangat kita down untuk paper seterusnya... kalau boleh lupakan paper yang dah lepas dan fokus untuk yang seterusnya ok ...solat jangan tinggal ok ... jangan waktu exam jerr kenal sejadah ...


lastly.... nak ucap selamat menempuh peperiksaan buat kawan2 semua ... semoga kejayaan mengiringi kita semua bittaufiq wannajah fil imtihan ... In sha Allah ... jumpa awak semua sem depan dengan senyuman kegembiraan okey ... nanti  saya belanja kek lapis Sarawak ok .. (>_<)

Itu saja kali nihh ... semoga ketemu lagi ya di lain post dan doakan kejayaan saya dalam exam ... luv u All so much ...




 






Thursday, 26 September 2013

eyh ... jangan lupa senyum ! ! !

assalamualaikum my dear followers and readers ....
first of all , saya nak ucapkan jutaan terima kasih untuk yang komen dan follow blog cik watermelon sy nihh ... (thankz semua and luv u all )
ok,untuk tidak membuang masa lagi jom kita explore post yg seterusnya ...
tajuk diberi untuk post kali nihh adalah bertajuk kenapa kita perlu senyum ???
xperlu nak buka kamus dewan or nak google bagai juz nak cari  ape benda yang dimaksudkan dengan senyum ...
nak tahu apa itu senyum tak??
senang jerr ...juz gerakkan mulut anda ke kiri dan kanan serentak and lihat kat cermin ..
so,itulah senyuman anda ... !!!!
cantik kan muka kita bila senyum ...
senyum ni secara tidak langsung dapat keluarkan aura positif dari dalam diri kita pastu sebar kat orang lain..
then,secara tidak langsung orang sekeliling kita pun happy jugak...

kenapa kita perlu senyum ??
sebab senyum itu indahh ..makhluk Allah  yang bernama manusia, kalau senyum memang akan jadi double and triple indahnya ...
selain itu senyum juga merupakan punca rezeki ..
sebab senyum itu  sedekah ...
dan kalau kita rajin sedekah Allah SWT akan lipat gandakan lagi kita punya rezeki ...

kenapa kita perlu senyum ??
sebab senyum juga menunjukkan yang kita jenis orang yang mudah didekati ..
tapi ingat senyuman bukan syarat untuk kita judge orang sesuka hati ..ingat tau .. :)
sbb kita tidak boleh judge orang selagi kita tidak cuba untuk mengenali individu tersebut .... (peringatan untuk diri sendiri juga yang suka judge orang ...ish3 ... )
rajinlah senyum supaya orang nak berurusan dengan kita pun senang kan ..hehe

tengok kucing ni senyum .... comel kan ...


 


kenapa kita perlu senyum ??
sebab dengan senyuman ukhwah antara kita dengan keluarga,kawan-kawan and masyarakat akan lebih erat dan kukuh ...
lepas tu hati kita pun tenang jerr kan ...

ni senyuman saya n sahabat saya ... <3

 

conclusionnya ,kalau anda stress jangan lupa untuk senyum sebab kadang-kadang kita lupa bahawa senyum juga pengubat stress ....
jangan lupa juga senyum merupakan penawar bagi hubungan ukhwah yang kering kontang ..
so jangan lupa senyum ... :)

jom ! ! ! orang nak dengar la awak cakap .. >_<

assalamualaikum my dear reader ,,,
apa khabar ,,,
sihat semua x??
macam mane hari2 sebelum ni ?? ok x??
harap semua yang dirancang berjalan lancar dan juga dipermudahkan ...
 post kali nihh yang bertajuk    jom !!! orang nak dengar la .... >_<
mcm pelik kan ...so ,,, saya akan jelaskan satu demi satu ..
secara umumnya saya nak share bagaimana cara kita untuk bercakap di depan ataupun di khalayak ramai...
perkara normal yang berlaku pada kita apabila bercakap kat depan mesti rasa berdebar-debar kan ataupun bahasa kampungnya nervous terutama bila kita perlu bercakap sebagai pembentang ... hehe

tahu x kawan2 yang semua tu boleh di atasi dan kita boleh mengubah diri kita untuk menjadi lebih berani untuk meluahkan pendapat dihadapan orang ramai ...
 disini saya akan berkongsi lima tips yang berguna dan In Sha Allah kawan2 boleh lakukan ...




untuk tips yang pertama  >>
Firstly,sebelum kita nak bercakap di hadapan terutama sebagai pembentang kita perlulah menyediakan persediaan ataupun persiapan yang sangat rapi terutama berkenaan dengan perkara yang ingin kita sampaikan.Pastikan setiap isi yang akan disampaikan bersesuaian dengan tajuk.Persiapan awal dapat membantu kawan2 untuk tidak lari dari tajuk...catatkan segala keypoint supaya ia memudahkan lagi kita untuk present ...
faham dan hadam betul2 segala keypoint ok ... :)

tips yang kedua pula macam nihh >>
sebelum nak buat presentation apa kata kawan2 g berlatih depan cermin ataupun cuba bercakap di hadapan kawan2.Daripada itu kita dapat tahu kelemahan kita dan selepas detect kita punya kesalahan jangan lupa lak nak perbaiki balik ... (jangan lupe ek .. hehe )
jangan jemu berlatih sebab practise make perfect babe .. :)

tips yang ketiga lakk >>
dah puas berlatih kita beralih pula kepada hari kejadian maksudnya hari kita nak bercakap/present tu la ...Pada hari tersebut sebolehnya kita jangan nervous dan  jangan biarkan diri anda diselubungi oleh aura2  negatif yang boleh sebabkan anda terus hilang keyakinan diri . relax jer dan buat mcm biasa...
bagi aspek pakaian pula pastikan ianya bersih dan bersesuaian dengan majlis...kerana penmpilan yang sesuai boleh membantu kita untuk lebih berkeyakinan ... chaiyok2 ...

 the number four is .... >>
tips yang keempat ni pula adalah perkara yang berlaku semasa kita nak present ataupun bercakap..pastikan suara tidak terlalu perlahan dan juga tidak terlalu kuat...(yang sedang2 aja sihh)
selitkan sikit sense of humour supaya audience tidak terlalu bosan dan kalau audience kita terhibur mereka akan lebih bersemangat untuk mendengar slide yang seterusnya dan diri kita juga akan menjadi lebih selesa untuk bercakap di hadapan ...selain itu gunakan bahasa yang ringkas,jelas dan juga mudah untuk difahami ...  lepas tu body language pun jaga juga nanti takde lah audience lihat kita macam berdangdut kat depan ..hehe..gurau jerr...pastikan kita tidak membelakangi audience ek....




yang kelima adalah  .... >>
terakhir sekali adalah jangan sesekali kita berasa serik dan jemu untuk bercakap kat depan...banyakkan bercakap atau bentang kat depan sebab ianya secara tidak langsung akan menjadi kebiasaan pada diri kita ...kalau dah selalu sangat tu lama-lama nanti biasalah kan ... jangan takut untuk cuba lagi yerr kawan2...


setakat itu sajalah untuk post kali ini ....SEKIAN


>>>  eyh lupa satu benda pulak , mak saya pesan kalau nervous tu jangan lupa baca doa penerang hati dan juga selawat bukannya asyik cakap AKU TAK BOLEH,AKU TAKUT AND SO ON .... sebab mak saya cakap TIADA APA YANG MUSTAHIL MELAINKAN KITA SENDIRI TAK NAK MENCUBA ...

RENUNG2 KAN DAN JANGAN LUPA UNTUK CUBA EK ..... KEEP YOUR SMILE I LUV IT ... <3 <3












Thursday, 19 September 2013

dare to try juz go ahead .....

assalamualaikum sahabat2 sekalian ....
salam penuh keceriaan untuk anda semua ...
amacam hari nihh ??
sihat x ?? harap kawan2 semua sentiasa sihat dan ceria2 ok ... (thumbs up)
ok ..untuk post kali nihh saya akan share berkenaan topik yg diberi nama dare to try juz go ahead ...

so..untuk memulakan topik ni saya percaya yang setiap daripada kita sudah pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan kita ...
 apa itu cabaran ??pada pendapat saya yang masih baru nak belajar nihh...
cabaran adalah sesuatu perkara yang belum pernah kita semua temui sepanjang usia kita ...
untuk bahasa yang lebih mudah cabaran merupakan perkara baru yang perlu kita hadapi dan selesaikan ...

sahabat sekalian ...
tanpa cabaran kita tidak akan tahu kemampuan kita ...
tanpa cabaran juga kita masih kekal dengan cara hidup kita yang lama ...
jangan takut apabila dihadapkan dengan cabaran ...
jadikan ia sebagai suatu proses kehidupan untuk mematangkan diri sahabat semua ok ...
percaya dan yakin pada diri anda sendiri yang kita boleh lakukannya ...

hadapi cabaran dengan penuh emosi yang positif ... (say no to negative ^ ^ )
so, saya akan share "jika kita diberi cabaran ...... " ..... 





jika kita diberi diberi cabaran untuk menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang sedia memimpin dan dipimpin ...  tapi ,,jangan ingat kita jer yang betul sebab kita hanyalah manusia biasa yang diberi kuasa untuk memimpin ... so, ingat dah namanya manusia kekurangan dan kesalahan sudah menjadi kemestian dalam hidup kita ... ( ingat yerr ^ ^ )

jika kita diberi cabaran sebagai seorang pelajar ... belajarlah bersungguh-sungguh ...
kita belajar pun bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri ..supaya  bila kita habis belajar nanti ada jugak manfaat dapat kita beri kepada sesiapa jerr sepanjang hidup kita kan ... jangan belajar untuk kejar gelaran sahaja tapi ambillah sebanyak mana pengalaman sepanjang kita belajar ni  ..
 tak perlu nak 24 jam depan buku jerr ..enjoy your life as a student .. take advantage daripada zaman belajar ni dengan join mana2 kelab atau persatuan kat kolej , sekolah etc ... sedikit sebanyak ada juga pengalaman kita untuk dibawa pada alam kehidupan selepas alam belajar kan ... takde la kekok sangat nak bekerja dengan orang dan juga orang bekerja dengan kita kan .... 





jika kita diberi cabaran sebagai anak ..jadilah anak yang membahagiakan hati ibu bapa ..
jadi anak yang sentiasa menghargai jasa ibu bapa kita ... cabaran sebagai anak adalah mampukah kita menjaga ibu bapa kita macam mereka jaga kita sejak kita kecil sehinggalah kita dewasa ..adakah kita mampu bersabar melayan karenah mereka macam mereka sabar melayan karenah kita ... so, sebagai seorang anak cabaran ini perlu kita hadapi dan jangan sekali kita mengabaikannya ... sahut cabaran ini dan cuba hadapi dengan penuh kasih sayang dan sabar .... ikhlaskan hati yerr sahabat2 semua ... (mode rindu kat parents is on T_T )

lastly ,,,
jika kita diberi cabaran sebagai seorang hamba Allah  ...
jadilah hamba Allah yang baik ....
jangan lupe buat segala yang disuruh dan tinggalkan perkara yang dilarang ...
ingatlah bahawa setiap cabaran yang Allah bagi pada hambanya bukan lah sekadar cabaran tetapi menunjukkan kasih sayang Allah pada kita ...
sabar dan terus bersabar ....
then,carilah penyelesaian dan setelah kita berusaha tawakal lah kita pada AllahSWT ...
In sha Allah ada jalannya ... ( ^ ^)





so,apa yang dapat saya kata kat sini ...hidup kita sebagai manusia tidak akan lepas daripada masalah atau dugaan ...jadikan masalah atau cabaran tersebut sebagai cabaran supaya ada sedikit nilai semangat dalam diri kita ....

selain itu jangan takut untuk mencuba dan menghadapi  cabaran yang datang pada kita ... kerana
sekali lagi nak beritahu untuk sahabat2 sekalian ....IN SHA ALLAH ada jalannya ...

 DARE TO TRY JUZ GO AHEAD AND I KNOW THAT ALL OF US CAN  DO IT WITH BLESSING OF ALLAH ....









Monday, 9 September 2013

jom continue kite punye ceritera .... :)

Salam buddyz yang disayangi ....
sekarang baru ada kesempatan untuk sambung balik post ari tu ....
apa khabar smua ??
In Sha Allah ...sihat semuanya ..
ok jom kita sambung balik yang ari tu....
ingat lagi x??
pk ... hari tu kisah tentang top 5 ttg cara nak hilangkan rasa loser dalam diri kan ...
so sekarang kita sambung untuk tempat yang kedua ....

Untuk tempat yang kedua  adalah ......
jadikan keluarga tempat untuk kita mengadu dan  pembakar semangat dalam hidup kita....
ingatlah kepada kedua orang tua kita ....
harapan mereka untuk melihat kita berjaya sangat tinggi ...(saperr x sayang anak oyyy ?? )
jangan disebabkan kegagalan yang datang sekali - sekala terus buatkan diri kita loser untuk selama-lamnya ... (nampak cam x adil kan )
so... ingatlah wajah gembira kedua ibu bapa kita kalau kita bawa berita gembira ....
terus jadikan mereka sebagai pembakar semangat dalam hidup kita ... boleh kan???
kat bawah ni lah family saya yang sedia menreima saya seadanya ....
yang ada dengan saya tika susah dan senang ...
saya sayang family saya .. :)
ok .... seterusnya untuk tempat yang pertama jatuh kepada ..........

bila kita loser jangan kupe yang kita ada Allah dan Rasulullah SAW ...
dah sedih2 tu baca2 lah Al Quran ...
luahkan segalanya pada Allah SWT ...
Allah kan Maha Mendengar ...
bacalah Al-Quran untuk panduan hidup kita ..
banyakkan zikir untuk mengubat lara di hati (cheehhhh)....






Oleh itu kawan ...terpulanglah pada untuk memilih jalan mana kita akan pilih ..... 

tapi apa yang pasti Allah tidak akan menguji seseorang sesuai dengan kemampuannya ...
usahakan yang terbaik dan yakin yang kita boleh buat ...

ok ...itu saja untuk kali ini jumpa lagi untuk post akan datang ...  ( ^ ^ )