assalamualaikum sahabat2 sekalian ....
salam penuh keceriaan untuk anda semua ...
amacam hari nihh ??
sihat x ?? harap kawan2 semua sentiasa sihat dan ceria2 ok ... (thumbs up)
ok ..untuk post kali nihh saya akan share berkenaan topik yg diberi nama dare to try juz go ahead ...
so..untuk memulakan topik ni saya percaya yang setiap daripada kita sudah pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan kita ...
apa itu cabaran ??pada pendapat saya yang masih baru nak belajar nihh...
cabaran adalah sesuatu perkara yang belum pernah kita semua temui sepanjang usia kita ...
untuk bahasa yang lebih mudah cabaran merupakan perkara baru yang perlu kita hadapi dan selesaikan ...
sahabat sekalian ...
tanpa cabaran kita tidak akan tahu kemampuan kita ...
tanpa cabaran juga kita masih kekal dengan cara hidup kita yang lama ...
jangan takut apabila dihadapkan dengan cabaran ...
jadikan ia sebagai suatu proses kehidupan untuk mematangkan diri sahabat semua ok ...
percaya dan yakin pada diri anda sendiri yang kita boleh lakukannya ...
hadapi cabaran dengan penuh emosi yang positif ... (say no to negative ^ ^ )
so, saya akan share "jika kita diberi cabaran ...... " .....
jika kita diberi diberi cabaran untuk menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang sedia memimpin dan dipimpin ... tapi ,,jangan ingat kita jer yang betul sebab kita hanyalah manusia biasa yang diberi kuasa untuk memimpin ... so, ingat dah namanya manusia kekurangan dan kesalahan sudah menjadi kemestian dalam hidup kita ... ( ingat yerr ^ ^ )
jika kita diberi cabaran sebagai seorang pelajar ... belajarlah bersungguh-sungguh ...
kita belajar pun bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri ..supaya bila kita habis belajar nanti ada jugak manfaat dapat kita beri kepada sesiapa jerr sepanjang hidup kita kan ... jangan belajar untuk kejar gelaran sahaja tapi ambillah sebanyak mana pengalaman sepanjang kita belajar ni ..
tak perlu nak 24 jam depan buku jerr ..enjoy your life as a student .. take advantage daripada zaman belajar ni dengan join mana2 kelab atau persatuan kat kolej , sekolah etc ... sedikit sebanyak ada juga pengalaman kita untuk dibawa pada alam kehidupan selepas alam belajar kan ... takde la kekok sangat nak bekerja dengan orang dan juga orang bekerja dengan kita kan ....
jika kita diberi cabaran sebagai anak ..jadilah anak yang membahagiakan hati ibu bapa ..
jadi anak yang sentiasa menghargai jasa ibu bapa kita ... cabaran sebagai anak adalah mampukah kita menjaga ibu bapa kita macam mereka jaga kita sejak kita kecil sehinggalah kita dewasa ..adakah kita mampu bersabar melayan karenah mereka macam mereka sabar melayan karenah kita ... so, sebagai seorang anak cabaran ini perlu kita hadapi dan jangan sekali kita mengabaikannya ... sahut cabaran ini dan cuba hadapi dengan penuh kasih sayang dan sabar .... ikhlaskan hati yerr sahabat2 semua ... (mode rindu kat parents is on T_T )
lastly ,,,
jika kita diberi cabaran sebagai seorang hamba Allah ...
jadilah hamba Allah yang baik ....
jangan lupe buat segala yang disuruh dan tinggalkan perkara yang dilarang ...
ingatlah bahawa setiap cabaran yang Allah bagi pada hambanya bukan lah sekadar cabaran tetapi menunjukkan kasih sayang Allah pada kita ...
sabar dan terus bersabar ....
then,carilah penyelesaian dan setelah kita berusaha tawakal lah kita pada AllahSWT ...
In sha Allah ada jalannya ... ( ^ ^)
so,apa yang dapat saya kata kat sini ...hidup kita sebagai manusia tidak akan lepas daripada masalah atau dugaan ...jadikan masalah atau cabaran tersebut sebagai cabaran supaya ada sedikit nilai semangat dalam diri kita ....
selain itu jangan takut untuk mencuba dan menghadapi cabaran yang datang pada kita ... kerana
sekali lagi nak beritahu untuk sahabat2 sekalian ....IN SHA ALLAH ada jalannya ...
DARE TO TRY JUZ GO AHEAD AND I KNOW THAT ALL OF US CAN DO IT WITH BLESSING OF ALLAH ....



nice ! ;-) double thumbs up !!
ReplyDeletenice ! ;-) double thumbs up !!
ReplyDeletehey ! it's Fun ! keep it up.
ReplyDeletecabaran itu penting, melalui cabaran ia dpat mematangkan diri kita..untuk melalui cbran kita haruslah sentiasa POSITIF kan diri..
ReplyDeletepost yg menarik... yup dgn ada cabaran baru kita tahu kemampuan kita.... dgn cabaran yg datang barulah kita ini berusaha utk menjadikan cabaran itu sesuatu yg positif & menarik... lau xd cabaran,, xberkembang lah kita nie.. x maju lah kita...perkongsian yang bgus...
ReplyDeletepost yg ohsem!! hidup tiada cabaran umpama tiada kenangan .. sO, dgn cabaran kita bOleh m'berikn plbagai kenagn dlm khidupan .. =')
ReplyDelete